Isnin, 22 Oktober 2012

Ekonomi, percayakah ia terkait dengan tarbiyyah?


Selamat pagi dan selamat menambah iman dan amal untuk hari ini.

Siapa tidak tahu krisis kewangan yang berlaku di Greece dan Sepanyol??
bagaimana ia berlaku? dan bagaimanakah sikap masyarakat di sana??
>> tahukah kita? rakyat Greece dan Sepanyol tidak kisah tentang hutang negara mereka sehinggalah:

  • kerajaan mereka memotong subsidi
  • memotong gaji kakitangan kerajaan
  • membuang pekerja
  • menaikkan cukai...
Ya, sehingga 4 perkara tersebut berlaku, barulah rakyat Greece marah dan mabil berat tentang "lambakkan" hutang negara mereka!

Ayuh pergi lebih mendalam...

Rupa-rupanya masyarakat Greece tidak kesah pun berhutang untuk "keselesaan" hidup... Sudah lah tidak kisah kerajaan mereka berhutang, mereka juga berhutang secara "berleluasa".. maksudnya, secara individu dan secara berorganisasi, masyarakat Greece memang berhutang..dan jumlah itu sentiasa meningkat..

Sedangkan, peningkatan hutang sektor swasta akan menyebabkan:
  • asset bubble >> harga barang naik terlalu tinggi kerana ketamakkan para pelabur, hingga pada suatu hari harga tersebut tidak mampu dibayar oleh sesiapa pun walaupun oleh sebuah kerajaan!
  • kemelesetan ekonomi dan harga barang tetap tinggi >> stagflasi
  • kerajaan tidak mampu membantu membayar hutang rakyat.
Sedarkah kita tentang bahaya berhutang??

Hutang sangat berkait rapat dengan riba..

Apa kata Allah pada riba dan pengamal riba?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ . فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّـهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُون

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya. Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Al-Baqarah:  278-279

Allah isytihar perang pada RIBA. fuh. JAHATnya riba ini; kerana dengan riba:

  • masalah inflasi
  • masalah harga rumah dan keperluan lain yang meningkat
  • pengangguran yang tidak dapat diselesaikan
  • kemelesetan ekonomi secara tetiba meranapkan hidup manusia.

Bukankah begitu jelas?!
Pengharaman riba itu adalah satu rahmat!

Sudahlah riba itu banyak jahatnya, tidak disukai Allah pulak tu.
Apa jadi pada kita bila melakukan sesuatu yang dimurkai Allah..?
Apakah kita akan selamat jika dimurkai Allah..?

Apa ada dengan hutang kerajaan yang berjumlah RM500 billion itu?? Ia adalah bersumberkan riba.
Selamatkah kita?

Persoalannya, bagaimana pula dengan sistem hutang 'halal'...?

[diam sebentar]

hoho.
Tahukah anda? Haji tidak perlu dilakukan jika perlu berhutang untuk melaksanakannya.
ok, ini HAJI, rukun Islam.. Bukanlah ibadah sunat yang takbuat takpa.. Ia RUKUN ISLAM. tapi Allah bagi kelonggaran bila tidak mampu, JANGAN BERHUTANG untuk pergi HAJI..

Jadi, marilah kita menilai sendiri kepentingan setiap barang yang perlu dibeli secara BERHUTANG..

Apakah ia

  • benar-benar perlu? hingga jika barang tersebut tiada, maka ibadah pada Allah akan terjejas.
  • atau sekadar mencukupkan keselesaan hidup dan melenakan tidur..


Masing-masing lebih mengetahui urusan dunia masing-masing dan sesungguhnya Allah & RasulNya lebih tahu urusan akhirat kita.


Nota kaki:

inflasi >> kejatuhan nilai matawang [kenaikan harga barang]
deflasi >> kejatuhan harga barang
stagflasi >> harga barang 'maintain' di tahap super mahal

Semoga bertambah iman dan meningkat amal, insyaALLAH!

Penulisan ini berdasarkan artikel tulisan seorang pensyarah Department of Bussiness Strategy and Policy, Faculty of Bussiness and accountacy: Proffesos Dr. Mohd Nazari Abdullah bin Ismail.

Jumaat, 13 Julai 2012

Ada apa dengan Ramadhan??????


Hari ini sudah masuk 23 syaaban 1433 hijrah.. Tinggal lagi lebih kurang 7 hari lagi ramadhan pula memunculkan dirinya…Surprise!! Tetapi dah bersediakah kita untuk menghadapi madrasah ramadhan ini atau boleh lah sikit-sikit.. Puasa ganti dah habis ke belum?? Segeralah dihabiskan ye…
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu,
moga-moga kamu bertaqwa. [al-Baqarah 2:183]

 Sekarang ada yang sedang honeymoon dirumah…bestnya..dan ada pula yang pratikal dan kelas..Best juga kan?? Dapatlah mengimarahkan masjid UIAM, Kuantan ni ye..:) Bak kata orang tak kenal maka tak cinta..Jom kita berkenalan dengan Mr Ramadhan ni.. Ape agaknya  keutamaannya….
1)      Bulan ramadhan adalah penghulu segala bulan. Ia juga dikenali sebagai bulan tarbiyah dan taqwa..So kne lipatkan gandakan lagilah mutabaaah amal kita ye.. ( mesti ad yang murrobi masing2 dah bagi homework ramadhan hingga september, Jom laksanakan n ajk kwan2 skali.Insya_ALLAH)

2)       Malam Nuzul AlQuran ( 17 Ramadhan ) iaitu saat yg sangat penting AL QURAN diturunkan untuk pedoman manusia hingga ke akhir zaman.


3)       Bulan keampunan dosa. Diriwayakan sebuah hadis Nabi SAW:

“ Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan, mengharap balasan daripada ALLAH diampunkan dosa-dosanya yang lalu”

4)      Bulan dilipatkan ganda pahala dan amal soleh
-Terdapat ramai orang beramai2 melakukan sedekah
-Ada juga yang mencari orang untuk membayar zakat
-Memberi makanan untuk orang yang berbuka. Ini kerana fadhilat begitu banyak sekali.

5)       Puasa itu juga disifat Rasulullah SAW sebagai separuh daripada kesabaran. Menahan diri daripada sifat marah, geram especially ad sedang berpratikal di hospital yang perlu berdepan dengan kerenah pesakit, doctor, misi.. Jom Kita sabar.. Banyakkan istighfar dan zikir.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam  mengajar kita bahawa pada hari Ramadhan, jika seseorang menyakitkan hati atau mencela kita maka katakanlah: Sesungguhnya aku sedang berpuasa... sesungguhnya aku sedang berpuasa.

6)       Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan ( 83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada ALLAH SWT.

7)       Dianjurkan Ibadah solat tarawih disamping itu diwajibkan zakat fitrah ke atas golongan yang mampu sebagai satu kewajiban membantu insan muslim lain yang daif. Walaupun kita sibuk di siang hari, dengan kelas, pratikal dan sebagainya..Di malam hari, marilah kita cuba sebanyak mungkin beribadah kepadanya.

8)       Ketibaan ramadhan menandakan terbukanya pintu2 syurga, ditutup pintu2 neraka dan syaitan dirantai..Tapi bagaimana pula kita ad still rasa malas nak beribadah dan melakukan maksiat? Ini kerana hawa nafsu  yang sudah terbelenggu dan masih sukar dikikis walaupun syaitan diikat.. Maka bulan rejab dan syaaban adalah proses membersihkan kembali karat2 hati yang masih terbelenggu..Jom “Clorox”  hati masing2 sebelum ramadhan menjelma :)


 ~Semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan tahun lepas~ameen……
*IAR *






Jumaat, 6 Julai 2012

erti hidup pada memberi


#silence-is-betrayal

Jangan tertanya-tanya jika hari ini kita bersama rakan-rakan kita hadir ke majlis yang sama, mendapat sentuhan tarbiyyah dari murabbi yang sama, makan berdulangan yang sama, bersolat jemaah di surau yang sama, tidur bertilamkan tilam yang hampir sama, bergerak seiring sejalan berpegang tangan tapi di sana kita di sisihkan.

Usah terkejut, termengah.

Orang-orang munafik memanggil orang-orang mukmin, “Bukankah kami dahulu bersama-sama kamu?” Mereka menjawab, “Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri, dan kamu hanya menunggu, meragukan janji Allah dan ditipu oleh angan-angan kosong sampai datang ketetapan Allah dan penipu setan datang memperdaya kamu tentang Allah”
(Al Hadid :14)

Tidak mustahil, kita pula yang bertanya pada rakan-rakan

“Bukankah aku dahulu bersama-sama kalian dalam bulatan gembira yang sama?”

“Bukankah aku dahulu bersama-sama kalian menghadiri daurah yang sama?”

“Bukankah aku dahulu solat subuh bersama kalian di masjid yang sama?”

“Bukankah aku dahulu bermain, bertempuk tampar dengan kalian di taman permainan yang sama?”

Bukankah aku dahulu makan bersama kalian, tidur bersama kalian, belajar bersama kalian, mendaki bukit, menyusuri sungai, memanjat gunung, bersama kalian? Bukan dahulu kita sentiasa bersama?

Maka mengapa hari ini aku ditinggalkan?
Mengapa?


Adakah kita tergolong dalam kategori akhawat manja? T_T

Allahh. time-time cuti begini, ayat power yg diterima dari seorang akhawat......

"dakwah ini takkan berjaya jika kita cuma memberikan masa lapang kita kepadanya" (muntalaq)
tapi kalau di masa lapang pun sang daie masih tidak memberikan masanya.. 
malah membuang masa.. lalu apa mungkin kan terjadi???


guide us o Allah (>_<)
cukuplah Allah yang Maha Tahu, dan cukuplah Dia sebagai saksi.
Allahhu Musta'an.

Allah, sabarkan, kuatkan, dan temukan kami dengan hikmah dalam pencarian.
ameen.

p/s: kamu masih ingat tak, analogi batu bata? =)




"berbahagialah bila engkau telah melangkah. sebab engkau telah menang, menang selangkah ketika sebagian orang masih bimbang, tapi dirimu sudah berani meng-eksekusi diri. barakallah. keep your spirit."  

-deadline your life, solikhin abu izzuddin; hlmn. 22


Jumaat, 1 Jun 2012

Daei lemau akademik atau lantang di medan dakwah?


Daei dan pelajar tidak lari daripada akademik yang menjadi kayu pengukur untuk menjadi kita berjaya dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat. Tapi bagaimana pula daei yang sibuk di medan dakwah bagai nak “rak” tapi bidang akademik nya hilang entah kemana..adakah dia dikira hebat???kita??
 Sebagai daei yang hebat kita hendaklah excellent kedua2 nya..Kenapa??? Kejayaan  dalam akademik menjadi salah satu catalyst untuk memperkuatkan dakwah.. Ini kerana ada pelbagai cara orang tertarik mendekati Islam melalui akhlak seseorang, ilmu yang tinggi dan lain2.Apa kaitan dean list stiap sem or distinction stiap blok dengan dakwah? Kalau dakwah pun satu yang baik, kalau akademik kita cam bese2 je or repeat stiap sem( nauzibillah) pun yang penting  ada benda yang baik ana dah buat.. Beginikah cara seorang daei???
 Sebenarnya bukan dean list or distinction yang dicari tapi , daei itu seseorang yang tersusun dari segi akademik dan dakwahnya.  Di dalam usrah menjadi seorang yang aktif dan focus, kemudian bersemangat menziarah  mutarrabi (adik2) , sibuk dengan program university dan apabila di kelas pula membuat nota ringkas lecturer  malah focus itu yang lebih penting dan terus bertanya jika tidak faham. Tapi segan lah??Daei  perlukah perasaan begini??Tapi biarlah pada tempatnya.  Usrah bukan sahaja untuk membincangkan isu2 agama tapi jadikan usrah salah 1 cara untuk kita mem”improve”kan akademik  .Ia juga boleh dijadikan study group dan sebagainya..
Contohilah Hasan Al Banna walaupun sibuk dengan dakwah tetapi beliau masih ada masa  untuk menyediakan setiap fail ada  berkaitan kesihatan  dan lain2 untuk setiap anakya. Malah sempat menziarah sanak saudara. Bagaimana kita pula “ peka”kah or “pekak”kah dengan masa? Jadilah seorang hamba ALLAH tersusun dari segi masa kerana kita sudah tahu sejak azali masa yang pergi begitu sahaja adalah sia2. Allah berfirman dalam surah Al Insyirah: 7,:

“Maka apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu urusan), tetaplah berkerja keras untuk urusan yang lain.”

 Allah juga telah memberitahu kita menjadi sesorang yang tersusun dan sistematik. Kerana kejayaan dakwah itu akan berlaku apabila strategi2 yang dirancang tersusun dengan rapi  dan sebaliknya. Maka kita hendaklah , muhasabah diri bagaimana dakwah dan akademik  kita sekarang..Adakah seimbang atau berat sebelah??
TEPUK DADA, TANYA IMAN..

 *Mode Final exam dan di catalystkan iman ketika  mendengar ucapan Prof Dr Rashid, Dean UCMS di Pej. Ikram Kuantan. pada 30 Mei 2012
* Semoga akhwat sume dipermudahkan dan diberi ketenangan dalam menjawb exam dunia..
* Antara isinya, ada berkaitan dengan di atas.
Wallahualam..



Isnin, 9 April 2012

~Kosong~

Tika INI,
Berlari-lari seorang gadis ke sana sini
Dirinya begitu sibuk
Sibuknya membuatkan dirinya letih
Letih dengan dunia
Letih dengan ragam manusia

Tapi Hatinya tertanya,
betulkah kesibukan ku ini
telah memberi impak kepada mereka
ataukah hanya aku
syok sendiri  dalam kemegahan

Walaupun hatinya tidak mahu begini
Tapi kekuatan itu dicari
diraih dalam senyap
ruhNya meronta-ronta
meratap sepi di lorong sunyi

Adakah mungkin cahaya itu kembali lagi
semakin takut,keliru bercampur baur
sumber kekuatan dicari.
mutiara2 iman diraih
Lompong-lompong semakin pudar
Bukan dunia dicari
hanya kampung halaman yang abadi
Jiwa semakin tenang,semakin mendekatiNya
Saat itu membuat dirinya tersenyum
Bersama mujahidah yang mengharapkan RedhaNYA....

Nukilan: IAR with <3 to all akhawat..

Khamis, 8 Mac 2012

~ Qiyamulail Jami'e~


 Ya Allah Kau ikatkan hati-hati  kami dengan sentiasa bertasbih,bertahmid dan menghidupkan hari2 kami dengan mengingati  Mu...
...AMEEN..

Rabu, 29 Februari 2012

Merasai kebesaran ALLAH dgn amalan extravaganza

Assalamualaykum warahmatullahi wabarakatuh.

Tulisan ini adalah sangat spesifik kepada suasana dakwah dan tarbiyyah di suatu kawasan yang penulis maksudkan. Jika anda berada dikawasan sama, maka anda akan tahu. Jika tidak, anggap sahaja ia sebagai satu pengajaran baru dan iktibar untuk di buat teladan/sempadan.

Sesungguhnya, bisikan syaitan berbentuk jin dan manusia tidak pernah henti, walaupun anda seorang daei, murobi apatah lagi penggerak dakwah kecuali yang ikhlas. Subhanallah!.

“Ia iblis berkata; Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku akan pastikan [kejahatan] terasa indah bagi mereka [anak cucu Adam] di bumi dan aku akan menyesatkan mereka semua”

“Kecuali hamba-hambaMu yang terpilih diantara mereka”

“Dia [Allah] berfirman; Ini adalah jalan lurus menuju kepadaKu”

“Sesungguhnya kamu [Iblis] tidak kuasa keatas hamba-hambaKu, kecuali mereka yang mengikutimu iaitu orang-orang yang sesat”

Al-Hijr: 39 -42.

Seluruh ceruk bumi ciptaan ALLAH ini adalah untuk dimakmurkan oleh manusia beriman dan berilmu sebagai mana telah ALLAH jelaskan dalam surah al-Baqrah 30.

Tuntutan melaksanakan dakwah dan tarbiyyah adalah WAJIB. Perkara ini telah pun kita bahaskan dalam pertemuan mingguan, perjumpaan besar dan kecil.. Maka lahirlah para daei yang sangat bersungguh-sungguh dengan dakwah dan tarbiyyahnya. Secara lahiriahnya tiada perkara cacat. Sikap mahu belajarnya menjadi contoh, akhlaqnya terpuji. Segala puji hanya untuk ALLAH.

Maha Suci ALLAH yang menciptakan manusia. Para daei yang komited dengan dakwah dan tarbiyyah itu menjadi sibuk, penat dan letih. Tapi sibuk, penat dan letih para daei ini begitu berbeza sekali, berbeza kerana ia tidak serupa dengan warga kampus yang lain.. Terasa begitu besar usaha dan pengorbanan menjaga suasana dakwah dan tarbiyyah di kampus sendiri. Alangkah bahagia melihat ramainya mutarobbi semakin “menjadi” dan “berubah”.

Hingga Qiamullail menjadi sedikit. Bacaan Quran makin berkurang. Kualiti solat makin menurun. Hingga percakapan dan perbuatannya menunjukkan seolah-olah dialah yang paling penting dan berperanan. Oh, kemudian tersedar. Segala puji bagi ALLAH kerana memberi kesedaran. Cepat-cepat kembali menjaga ibadah-ibadah khusus sebaiknya..

Itulah cerita zaman sekarang. Para daei di suatu kawasan..

Ini pula cerita zaman dahulu.

Pengorbanan dan pengembelengan tenaga para daei terdahulu.

Mus’ab bin Umayr yang kaya raya dan masyhur, akhir menjadi tukang kutip kayu api. Standardnya samalah seperti anak orang kaya hari ini bertukar jadi tukang sapu sampah kerana Islam. Tapi dengan standard begitu Mus’ab berjaya mengislamkan hampir seluruh penduduk Madinah, kecuali beberapa orang dan kumpulan manusia..

Abu Ayyub al-ansari yang telah terlibat dalam pelbagai pertempuran di zaman Rasulullah. Masih mahu turut serta dalam misi membebaskan Kota Konstatinopel sedangkan sudah berusia lanjut dan akhirnya di kebumikan di pintu masuk kota tersebut untuk menyaksikan siapakah pahlawan dan pasukan tentera terbaik yang Rasulullah maksudkan.

Syeikh Abdul Qadir jailani. 70 ribu orang menghadiri majlis ilmunya. 5000 orang Yahudi dan nasrani memeluk Islam ditangannya. Lebih 100 ribu manusia bertaubat ditangannya. Beliau mendidik mereka menjadi manusia berkemahiran dalam mendidik, memuliakan mereka dan manusia-manusia ini bertaburan keseluruh pelusuk dunia untuk meneruskan tugas menyampai serta mendidik generasi ummat Islam kemudian.

Syeikh Jamaludin yang bertanggungjawab mengislamkan seorang RAJA yang sangat berpengaruh, Jenghis Khan atau lebih dikenali sebagai Tughluk Timur Khan [kalau tidak kenal, sila google sekarang]. Akhirnya Raja berpengaruh tersebut dan rakyatnya telah memeluk Islam.

Bagaimana pula peranan dan pengaruh para daei yang bersungguh-sungguh berdakwah ditengah ummat Islam yang lesu dan telah dikalahkan tentera Monggol dan Tartar. Dari menjajah negara ummat Islam, akhirnya tentera Monggol dan Tartar yang ganas dan kasar itu akhirnya memeluk Islam dan membentuk kerajaan Islam pula.

Kesemua manusia dahulu; yang diceritakan diatas adalah yang telah ALLAH lahirkan untuk kita. Surah ali-imran: 110.

Mereka benar-benar manusia terpilih. Ramai lagi para alim rabbani yang tidak jemu mendidik dan berdakwah, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Syafie, Fudhail bin Iyadh, Hassan Al-Basri, Ibnu Taimiyyah, Said An-nursi, Hassan Al-Banna..

Tidak termasuk lagi para sahabat dan tabiin..

Kesemua tokoh alim rabbani ini tidak berhenti melakukan kerja tarbiyyah dan dakwah hingga nyawa mereka diambil oleh-Nya. Kesibukkan urusan hidup mereka sebagai pemimpin, orang alim, ketua keluarga atau anggota masyarakat tidak menyebabkan kurangnya ibadah, lesunya semangat, terhentinya kerja dakwah dan tarbiyyah.. Malah roh dan semangat dakwah dan tarbiyyah mereka masih dapat dirasai generasi terkemudian. ALLAHU AKBAR!

Kita = para daei disuatu kawasan itu sebenarnya turut menumpang semangat para alim rabbani yang hebat ini..

Adalah sangat tidak layak dan tidak sesuai untuk kita merasa begitu penting dan hebat di kawasan itu, kerana kita hanyalah di kawasan itu. Sedangkan para alim rabbani yang telah di senaraikan di atas telah memberi pengaruh jauh ke seluruh pelusuk dunia!

Sesungguhnya.. Para daei yang benar-benar melakukan kerjanya tidak perlu tertipu dengan amalan mereka. Sesungguhnya amalan yang extravaganza itu sebenarnya akan menyebabkan bertambahnya iman dan pergantungan dengan ALLAH kerana dia benar-benar merasai Allah memang MAHA BESAR!

Kepadanyalah seluruh ummat Islam berserah.